fbpx

Hujan lebat di tiga negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri pagi ini.

Menurut laporan MetMalaysia di laman Facebook, cuaca buruk tersebut diramal berlarutan sehingga pukul 12 tengah hari.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak, Perak.

“Selain itu, cuaca buruk juga diramal di Sabak Bernam, Selangor dan Batu Pahat, Johor,” katanya dalam hantaran sama.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimiter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI