fbpx

Tuntutan ‘gila’ Neymar buat Al-Hilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR

RIYADH – Perpindahan sensasi Neymar ke Arab Saudi bersama Al-Hilal menelan kos perbelanjaan yang sangat besar termasuk kontrak mewah dengan bayaran gaji bernilai £2.5 juta (RM14.77 juta) seminggu.

Ia bukan sesuatu mudah untuk memujuk Neymar melupakan bola sepak Eropah apabila menandatangani kontrak dua tahun beserta lanjutan tempoh 12 bulan lagi bersama kelab berpangkalan di Riyadh itu.

Al-Hilal menyediakan pelbagai insentif untuk mendapatkan persetujuaan Neymar, 31, meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) dengan yuran perpindahan bernilai £77.6 juta (RM458.48 juta).

Antara faedah bakal diterima penyerang Brazil itu adalah sebuah kediaman dengan 25 bilik tidur dilengkapi tiga sauna serta kolam renang berukuran 40 meter (m) panjang dan 10m lebar.

Ia tidak termasuk lima orang pekerja sepenuh masa termasuk cef peribadinya dari Brazil serta dua orang tukang cuci bagi kerja pembersihan.

Bekas bintang Barcelona dan Santos itu juga meminta peti aisnya sentiasa dipenuhi dengan jus jenama kegemarannya, Acai dan minuman Guarana untuk rakan dan keluarganya.

Selain itu, Neymar turut meminta lapan buah kereta mewah termasuk Bentley Continental GT, Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan yang ketiga-tiganya dianggarkan bernilai £510,000 (RM3.01 juta)

Malah, Neymar juga meminta pemilik Al-Hilal menyediakan empat Mercedes G Wagons dan satu van Mercedes dengan seorang pemandu yang perlu bersedia 24 jam setiap hari sepanjang tahun buat dia dan keluarganya.

Selain sebuah jet peribadi kegunaan keluarganya bercuti, Neymar juga mahukan semua kos penginapannya di hotel, restoran dan bandar yang dilawatinya semasa tiada perlawanan ditanggung sepenuhnya oleh Al-Hilal.

Tidak cukup dengan itu, Neymar juga akan dibayar €500,000 (RM2.52 juta) untuk setiap hantaran di media sosial peribadinya yang mempromosikan Arab Saudi.

“Saya menikmati masa-masa istimewa dengan pelbagai kejayaan di Eropah. Namun, saya sentiasa mahu menjadi seorang pemain bertaraf global dan menguji diri dengan cabaran dan peluang di tempat baharu.

“Saya mahu melakar sejarah sukan baharu dan Liga Pro Araba Saudi mempunyai tenaga luar biasa dengan pemain-pemain berkualiti buat masa ini. Kini, saya mengikut jejak ramai pemain Brazil ke Arab Saudi,” kata Neymar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI