fbpx

Tok Mat boleh ganti Ahmad Zahid selamatkan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tok Mat disifatkan sebagai antara calon paling sesuai untuk menerajui UMNO pada PRU16 kelak.

PUTRAJAYA- Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau mesra dipanggil Tok Mat dilihat sebagai adalah calon paling sesuai menggantikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan menyelamatkan UMNO daripada pupus dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) kelak.

Pengerusi Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, selain memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat juga pernah membuktikan prestasinya semasa Ahmad Zahid berehat seketika sebelum ini.

Katanya, Tok Mat berjaya mengemudi beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) sehingga UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang besar selain bersih daripada sebarang kes mahkamah dan disenangi suara penyokong.

“Tok Mat boleh menggantikan Ahmad Zahid buat sementara waktu, tetapi Perhimpunan Khas Agung UMNO perlu diadakan untuk semua akar umbi meminta Ahmad Zahid letak jawatan.

“Pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden perlu diadakan segera,” katanya di sini hari ini.

Semalam, penganalisis politik menzahirkan pendapat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mempertimbangkan agar Tok Mat menggantikan Ahmad Zahid menerajui UMNO bagi memastikan kestabilan kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Dalam pada itu, Syed Muhammad Imran turut mengecam ucapan Naib Ketua Pemuda UMNO, Hairi Mad Shah semalam supaya mengadakan satu ‘retreat’ untuk pergerakan itu di sebuah pulau dan bukannya lokasi biasa di Janda Baik, Pahang.

Katanya, kepimpinan UMNO masih lagi memikirkan perkara yang tidak seharusnya dibuat sedangkan akar umbi UMNO perlu tindakan secara terus bagi menambah baik kualiti parti di mata masyarakat dan ahli akar umbi.

“Ahmad Zahid letak jawatan dan UMNO sedia menjadi pembangkang pada kerajaan sekarang. Ahli UMNO juga tidak mahu bersekongkol dengan DAP,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI