fbpx

Tini’s Spa bantu wanita hadapi masalah kesihatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pelanggan setia Tini’s Spa diraikan dalam majlis sambutan ulang tahun ke-18 di Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tini’s Spa, pusat spa dan salun kecantikan khusus untuk wanita, yang baru menyambut ulang tahunnya ke-18 sedang merangka strategi untuk meluaskan lagi cabang perkhidmatan kepada penjagaan kesihatan mental sebagai usaha membantu wanita yang menghadapi masalah tersebut dalam persekitaran mencabar kini.

Pengasas syarikat, Hartini Halim berkata, kesihatan mental wanita telah menjadi satu isu yang semakin diperhatikan dalam masyarakat dan ia perlu diberi perhatian sebelum isu tersebut semakin berleluasa sehingga memberi kesan kepada generasi masa depan.

Menurut beliau, selain menawarkan perkhidmatan berkualiti dalam kecantikan, spa dan pe­langsingan, Tini’s Spa yang mula beroperasi pada tahun 2005 itu mahu memberi sokongan kepada kumpulan wanita yang berdepan dengan masalah kesihatan mental dan seterusnya berjaya mencapai kebahagiaan sejati.

“Kebahagiaan yang sebenar bermula daripada kesihatan mental yang baik, jadi kami mahu memberikan perkhidmatan berkualiti supaya pelanggan dapat menghargai diri sendiri dan seterusnya kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis sambutan ulang tahun Tini’s Spa di Shah Alam baru-baru ini.

Selain cawangan di Shah Alam, syarikat tersebut memiliki tiga lagi cawangan di Ampang, Bangi dan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam majlis bertemakan retro yang menyemarakkan nostalgia dan keceriaan itu dengan dihadiri oleh pelanggan setia­nya, syarikat menganjurkan sesi kuiz dan pertandingan pakaian tercantik serta cabutan bertuah berupa hadiah percutian di Port Dickson dan Pulau Pinang selain hadiah syiling emas.

Selain itu, syarikat juga memperkenalkan perkhidmatan ra­watan terbaharu khusus untuk membantu merawat mata yang sembab selain merawat lingkaran hitam di sekeliling mata selain melancarkan produk baharu daripada jenama popular.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI