KLANG – Spekulasi siapa bakal menjawat jawatan Menteri Besar Selangor akan diketahui Isnin depan.
Menurut kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan tarikh tersebut bagi istiadat angkat sumpah jawatan tersebut.
Istiadat termasuk Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar akan berlangsung pada pukul 11 pagi di Balairung Seri, Istana Alam Shah.
“Sementara, Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor juga akan berlangsung di lokasi sama pukul 2 petang hari sama,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan seramai tiga nama telah dipersembahkan bagi jawatan tersebut melibatkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari.
Selain itu, adalah ADUN Tanjong Sepat yang merupakan bekas Exco
Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi serta Adat Istiadat Melayu,Kebudayaan dan Warisan, Borhan Aman Shah dan Fahmi Ngah (ADUN Seri Setia).
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor lalu menyaksikan gabungan PH dan Barisan Selangor (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri apabila memenangi 34 kerusi berbanding Perikatan Nasional hanya 22 kerusi. -KOSMO! ONLINE.