fbpx

Pelanggan dakwa pemandu Grab main telefon ketika memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu bermain permainan Candy Crush ketika membawa pelanggannya di Singapura pada Sabtu minggu lalu. - Foto Stomp

SINGAPURA – Polis menyiasat kes seorang pemandu Grab dirakam bermain permainan di telefon bimbitnya ketika seorang penumpangnya yang berumur 13 tahun berada di dalam kenderaan, lapor portal berita Stomp hari ini.

Menurut si pengadu yang dikenali sebagai Kim, kejadian berlaku pada hari Sabtu minggu lalu.

Anak lelakinya yang berusia 13 tahun menaiki teksi Grab yang mengenakan bayaran S$16.60 (RM56.82) pukul 9.51 pagi (waktu tempatan) menuju Singapore Youth Flying Club dari rumahnya.

Kim memberitahu: “Pada pukul 9.58 pagi, anak saya menghantar video kepada saya dan menjelaskan bahawa pemandunya bermain permainan Candy Crush pada telefonnya semasa memandu.

Dia kemudian menghantar lima lagi video dan semakin ketakutan kerana pemandu masih bermain permainan telefon bimbit ketika memandu di Lebuh Raya Kranji (KJE).

Pengadu yang telah membuat laporan polis menambah: “Setahu saya, menggunakan telefon semasa memandu adalah satu perlanggaran lalu lintas yang tertakluk kepada denda sehingga S$1,000 (RM3,423) dan/atau penjara sehingga enam bulan.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI