fbpx

Nahas Elmina: Remy Ishak terkejut baru jumpa juruterbang Selasa lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar bersama Allahyarham Shahrul Kamal yang dimuat naik Remy di akaun Instagramnya.

PETALING JAYA – Pelakon, Remy Ishak meluahkan rasa sedih atas pemergian juruterbang pesawat peribadi jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terkorban dalam tragedi di Elmina Central Park, Seksyen U16 di sini petang tadi.

Berita pemergian juruterbang, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, itu diketahui Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak melalui kiriman WhatsApp.

Ujar pelakon berusia 41 tahun itu, kali terakhir dirinya bertemu Allahyarham Shahrul Kamal adalah pada dua hari lepas.

“Inallillahirwainailayhirhojiun. Takziah buat Shefa (isteri Allahyarham) dan keluarga atas pemergian Kapten Shahrul Kamal dalam nahas pesawat yg berlaku di Elmina.

“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya, Shefa di Mozers Shah Alam.
Hari ni buka WhatsApp dapat berita sedih ini,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Remy turut menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan keluarga Allahyarham Shahrul Kamal serta mendoakan agar arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Allahyarham Shahrul Kamal, merupakan salah seorang daripada kru yang terkorban dalam nahas pesawat ringan yang terjadi kira-kira pukul 2.40 petang, semalam.

Keseluruh mangsa yang terlibat dalam nahas ini adalah seramai 10 orang termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat tersebut sepatutnya dijadualkan mendarat pukul 2.40 petang bagaimanapun dipercayai melencong sebelum hilang kawalan dan terhempas.

Sehingga pukul 10.30 malam tadi, pihak polis telah selesai menemui 10 mayat mangsa serta lima bungkusan cebisan badan milik mangsa.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI