fbpx

Nahas Elmina: Operasi mencari dijangka selesai tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin menjangkakan operasi mencari bakal selesai, tengah hari ini.

SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Seri Razarudin Husain memaklumkan, operasi pencarian pesawat ringan yang terhempas di Elmina semalam, telah selesai 95 peratus.

Beliau berkata, operasi hari ini dijalankan bagi mencari saki baki pesawat yang berada di sekitar kawasan nahas.

“Saya cadang mahu selesaikan sebelum tengah hari. Kita cuba yang terbaik untuk bersihkan kesemuanya pada pagi ini,” ujarnya ketika sidang akhbar, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Razarudin berkata, pihaknya telah mengambil sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada 22 waris keluarga mangsa terlibat untuk dipadankan dengan mayat yang dijumpai semalam.

“Kita telah jumpa sepuluh mayat termasuk 15 anggota badan seperti kaki serta kepala. Sebanyak 21 barangan peribadi kepunyaan mangsa turut dijumpai.

“Semua mayat telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk jalankan ‘post mortem’ (bedah siasat) dalam masa terdekat,”katanya.

Mengulas lanjut mengenai nahas berkenaan, beliau memberitahu tiada penumpang dibawa oleh pemandu e-hailing, Grab yang terkorban dalam nahas terbabit.

“Setakat maklumat yang diperoleh, mangsa (pemandu) disyaki tidak menerima penumpang sejak pukul 2 petang.

“Bagaimanapun, kita tunggu keputusan post mortem dari pihak hospital,”jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI