fbpx

Nahas Elmina: Keluarga mangsa reda tidak dapat tuntut jenazah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaila ketika ditemui pemberita di HTAR. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

KLANG – Keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) berlapang dada dengan proses bedah siasat yang dijangka selesai seawal Isnin ini.

Mereka turut bersedia dengan sebarang kemungkinan berhubung kelewatan dalam proses menuntut jenazah mangsa.

Suhaila Akasha, 46, yang merupakan isteri Shaharul Amir Omar berkata, dia dan ahli keluarga akan pulang ke Manjung, Perak terlebih dahulu.

Menurut ibu empat anak itu, mereka akan mengikut saranan polis dan menunggu panggilan daripada pihak berkuasa untuk menuntut jenazah suaminya.

“Saya reda dengan tragedi yang menimpa keluarga kami dan berharap semua urusan dipermudahkan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HTAR di sini hari ini.

Jelas wanita itu, kali terakhir dia berhubung dengan suaminya pada malam sebelum kejadian.

“Sejujurnya saya hanya tahu mengenai kejadian yang menimpa suami menerusi media sosial. Sebagai isteri, saya berasa tidak sedap hati dan yakin sesuatu akan terjadi kepada suami,” katanya.

Dalam pada itu, waris Allahyarham Muhammad Taufiq Mohd Zaki, 38, yang enggan dikenali memberitahu, segala persiapan termasuk proses pengebumian juga telah dibuat pihaknya.

“Kami reda dengan setiap ketentuan yang sedang berlaku termasuk tidak dapat menuntut jenazah hari ini,” katanya.

Pemerhatian Kosmo! mendapati kesemua waris dan ahli keluarga mula beredar dari kawasan khemah yang disediakan kepada mereka.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI