KLANG – Penantian ahli keluarga nahas pesawat Beechcraft Model 390 akhirnya terlerai apabila 10 mayat mangsa tiba di unit forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebentar tadi.
Jenazah tersebut tiba kira-kira pukul 1.22 pagi dengan menaiki dua buah trak polis dan dikawal ketat pasukan polis.
Rata-rata ahli keluarga mangsa menunggu di luar pekarangan unit forensik HTAR sejak pukul 7 petang.
Terdahulu, seramai 10 mangsa maut dalam nahas kira-kira pukul 2.48 petang di Persiaran Elmina, Shah Alam.
Kesemua mangsa yang maut adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan berusia 41 dan Heikal Aras Abdul Azim (45).
Enam penumpang terlibat ialah Datuk Seri Johari Harun (53), Kharil Azwan Jamaludin (43), Shaharul Amir Omar (49), Mohamad Naim Mohamed Muaidi (35) Muhammad Taufiq Mohd Zaki (37) dan Idris Abdol Talib @ Ramali (41).
Turut terkorban dalam nahas tersebut adalah penunggang motosikal, Muhammad Hafiz Muhammad Salleh (32) serta pemandu kereta, Sharipuddin Shaari (51). – KOSMO! ONLINE