SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang wanita secara tidak sengaja merakam aksi seorang lelaki menghidu bau punggungnya dari belakang ketika dia berada di sebuah kedai buku di California, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Suspek kemudian dikenal pasti sebagai Calese Carron Crowder, 36, yang dibebaskan selepas ditahan dan diketahui memiliki rekod jenayah lampau.
Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok, Michaela Witter merakam dirinya pergi ke kedai buku Barnes and Noble secara bersendirian.
Pada awalnya, Witter mendapati Crowder mengekorinya di dalam kedai tersebut, namun tidak mengendahkannya.
Dalam video yang dirakam, Crowder didapati duduk membongkok di belakang Witter sebelum menghidu bau punggungnya. Dia turut melakukannya kepada wanita lain.
Witter kemudian secara tidak sengaja mengesan perbuatan Crowder, namun suspek memberi alasan bahawa dia duduk di lantai untuk membetulkan tali kasutnya.
Disebabkan takut, Witter melaporkan perkara itu kepada kakitangan di kaunter.
Pengurus kedai membuat laporkan kepada pihak berkuasa yang kemudian menangkap Crowder, tetapi kemudian melepaskannya tanpa sebarang pertuduhan. – Agensi