fbpx

Jambatan tenggelam, 200 penduduk terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan jambatan di Kampung Batu 6, Gua Musang yang ditenggelami air Sungai Galas akibat hujan lebat semalam.

GUA MUSANG – Lebih 200 penduduk di Kampung Batu 6 di sini terputus hubungan sebanyak empat kali sejak Sabtu lalu apabila laluan masuk dan keluar ke kampung tersebut dilimpahi air Su­ngai Galas ketika hujan lebat.

Jambatan besi itu yang meng­hubungkan Kampung Batu 5 dan Kampung Batu 6 di sini menjadi laluan utama penduduk untuk ke Bandar Gua Musang dan membawa keluar hasil pertanian.

Seorang penduduk, Suzili Sulaiman, 47, berkata, meskipun terdapat laluan jambatan kereta api, namun jalan tersebut be­risiko kerana licin dan penduduk hanya boleh melaluinya dengan menunggang motosikal.

Katanya, hujan lebat berlaku setiap hari bermula petang hingga waktu tengah malam pada minggu ini menyebabkan jambatan itu ditenggelami air sungai.

Penduduk Kampung Batu 6, Gua Musang terpaksa menunggu kira-kira lima jam sebelum boleh menggunakan jambatan merentasi Sungai Galas.

“Hujan melebihi lima jam menyebabkan air sungai melimpah sehingga menenggelamkan jambatan menyebabkan kami tidak dapat menghantar anak ke sekolah dan perlu menunggu air surut untuk keluar bekerja.

“Sejak hari Sabtu, sudah tiga kali kejadian tersebut berlaku dan hari ini (semalam) adalah kali keempat,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu 6, di sini semalam.

Rozi Ismail, 69, berkata, lebih 200 penduduk di kawasan itu terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama hampir setiap tahun.

Penduduk di Kampung Batu 6, Gua Musang terputus hubungan empat kali pada minggu ini apabila laluan masuk dan keluar ke kampung itu dilimpahi air Sungai Galas akibat hujan lebat.

Katanya, sebelum ini, pernah ada perancangan membina jambatan baharu, namun sehingga kini projek itu masih belum dijalankan.

“Saya berharap pihak yang berwajib dapat mempercepatkan pembinaan jambatan yang dijanjikan bagi keselesaan penduduk di kawasan ini.

“Sampai bila kami ingin berhadapan dengan masalah yang sama. Kebanyakan anak-anak di kampung ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gua Musang yang terletak di bandar Gua Musang.

“Hari ini (semalam) ramai anak-anak tidak hadir ke sekolah kerana air sungai melimpahi jambatan,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI