fbpx

Itu bukan Abbas – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA menafikan bayi yang dikongsikan menerusi media sosial adalah anak keduanya, Abbas.

PETALING JAYA – Selebriti terkenal Neelofa menegaskan wajah bayi dikongsinya dalam media semalam bukan anak keduanya, Abdullah Abbas seperti yang didakwa ramai.

Kata Neelofa, 34, penjelasan tersebut dilakukan kerana wujud salah faham yang bertebaran dalam media sosial sejak semalam.

“Ini bukan baby Abbas. Jangan salah faham ya semua,” katanya ringkas sekali gus menafikan dakwaan dia sudah berkongsi wajah anak lelaki keduanya.

Semalam, tular foto dan video memaparkan sesi penggambaran yang menggunakan bayi lelaki sebagai model cilik.

Disebabkan Neelofa berkongsi video tersebut, ramai menyangka bayi tersebut merupakan Abdullah Abbas.

Sehingga hari ini, Neelofa mahupun suaminya, Haris Ismail masih belum berkongsi wajah anak lelaki keduanya yang dilahirkan pada 11 Julai lalu kepada umum.

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan selebriti tersebut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abbas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI