fbpx

ICAP perkenal polisi dividen unik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Teng Boo

PETALING JAYA – Dana tertutup yang disenaraikan di Bursa Malaysia, icapital.biz Berhad (ICAP) bakal memperkenalkan dasar dividen yang inovatif untuk memastikan diskaun antara harga saham dana dan nilai aset bersih (NAB) akan dipulihkan secara automatik pada masa hadapan.

Ia diperkenalkan ketika saham ICAP mencecah harga tertinggi iaitu RM2.86, manakala NAB turut melonjak paras tertinggi sepanjang masa kepada RM3.64 pada 16 Ogos lalu, yang mengakibatkan diskaun NAB mengecil kepada 21.43 peratus.

Hasil positif tersebut dicapai menerusi usaha sedia ada Lembaga ICAP dan Individu Yang Dilantiknya, Tan Teng Boo, yang telah dilaksanakan sejak Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2022, apabila pelbagai langkah diumumkan khusus untuk tujuan berkenaan.

Menurut ICAP dalam siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini, lebih maklumat mengenai strategi dividen tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk sedikit latar belakang, diskaun antara harga saham ICAP dan NAB telah menjadi isu yang membimbangkan semenjak Oktober 2008, tiga tahun selepas ICAP disenaraikan di Bursa Malaysia pada 19 Oktober 2005.

Walau bagaimanapun, harga saham ICAP dan NAB ICAP telah mengatasi prestasi indeks MSCI Malaysia dari sejak IPO.

Dari penubuhannya pada Oktober 2005 hingga 3 Ogos 2023, harga saham dan NAB ICAP telah meningkat pada kadar tahunan 5.67 peratus dan 7.91 peratus, mengatasi prestasi indeks MSCI Malaysia yang hanya meningkat 1.77 peratus.

Akan tetapi, melihat ICAP melalui lensa ini menyembunyikan prestasi sebenarnya.

Sepanjang dua tahun lalu (4 Ogos 2021 hingga 3 Ogos 2023), MSCI Malaysia telah memberikan pulangan negatif sebanyak (-5.69 peratus). Dalam tempoh yang sama, NAB dan harga saham ICAP telah meningkat 19.29 peratus dan 32.90 peratus.

Tambahan pula, sebahagian besar NAB ICAP, iaitu sebanyak RM145.72 juta adalah terdiri daripada wang tunai setakat 31 Mei 2023.

Ini menunjukkan bahawa ICAP sekarang berada di tempat baik untuk meningkatkan NABnya, kerana ia mempunyai dana yang besar untuk membeli lebih banyak saham yang kini diniagakan pada harga diskaun.

Dasar dividen yang inovatif ini akan menangani keperluan pelbagai pemilik saham, termasuk mereka yang mencari peningkatan modal jangka panjang, mereka yang memerlukan pengagihan tetap dan mereka yang mungkin perlu mendapatkan tunai daripada pegangan mereka.

Dalam satu siri jelajah di seluruh negara awal tahun ini, Teng Boo telah mengatakan pada masa depan, NAB ICAP akan mendapat manfaat yang besar daripada pelaburan RM170 juta dibuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pegangan tunai ICAP sekitar RM300 juta beberapa tahun lalu telah menurun kepada RM145.22 juta, setelah membuat pelaburan besar dalam saham yang berpotensi pada harga menarik.

“Strategi dividen inovatif ini, apabila dilaksanakan sepenuhnya, akan meningkatkan pergerakan harga saham dan NAB ICAP.

Seperti berpandukan dasar dividen dan Lembaga Pengarah, ICAP kini berada di landasan yang betul, tetapi masih banyak kerja yang perlu diusahakan.

“Apabila pasaran mula mengiktiraf sepenuhnya prestasi baik ICAP yang konsisten, adalah diharapkan saham ICAP akan mula diniagakan pada harga yang premium, seperti sebelum pemegang saham tertentu masuk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI