fbpx

Hasrat besar Sevilla tertangguh lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEVILLA terpaksa berputih mata sekali lagi apabila impian menamatkan penantian 17 tahun menjulang Piala Super Eropah belum kesampaian. - AFP

ATHENS – Harapan kelab Sepanyol, Sevilla untuk menamatkan penantian 17 tahun dengan menjuarai trofi Piala Super Eropah tidak kesampaian selepas tewas kepada Manchester City menerusi penentuan sepakan penalti 4-5 awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar perlawanan dan tonggak tengah Sevilla, Nemanja Gudelj menjadi pemain tunggal yang gagal menjaringkan gol pada penentuan sepakan penalti tersebut.

Kapten pasukan, Ivan Rakitic mengakui agak kecewa apabila gagal membantu pasukan mencipta kejutan ke atas The Citizens sekali gus menafikan hasrat untuk menjuarai trofi berprestij itu buat kali pertama sejak edisi 2006.

“Sudah tentu perkara yang memalukan apabila tewas pada aksi final kerana kita telah menunjukkan keinginan untuk menjulang trofi ini lebih berbanding lawan. Namun, City beraksi dengan baik dan layak untuk menang.

“Mereka telah buktikan selaku kelab terbaik di Eropah kerana berjaya menang semua trofi pada musim lepas. Sebagai pasukan bukan pilihan, kami terpaksa akur dengan keputusan ini dan cuba lagi masa depan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Sevilla, Jose Luis Mendilibar mengakui silap percaturan dalam menentukan pemain yang mengambil sepakan penalti selepas mengeluarkan Erik Lamela dan Youssef En-Nesyri pada masa kecederaan.

“Sepatutnya (Gudelj) tidak berada dalam senarai pengambil sepakan penalti andai Lamela atau En-Nesyri dikekalkan dalam skuad utama. Ia adalah kesilapan peribadi kerana saya jangkakan situasi berbeza yang akan berlaku,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI