fbpx

Anwar bantu saudara baharu lafaz kalimah syahadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR membantu saudara baru, Muhammad Anuar Karthiban, 27, melafazkan dua kalimah syahadah selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang hari ini. - SADDAM YUSOFF

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu menyempurnakan pengislaman saudara baru dengan melafazkan dua kalimah syahadah hari ini.

Melalui sebuah video yang tular di media sosial, Anwar mengajar lelaki itu mengucap selepas beliau menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar-Rahimiah, Klang hari ini.

Difahamkan, lelaki warga tempatan berusia 27 tahun itu dikenali sebagai Muhamad Anwar Karthiban selepas memeluk Islam.

Turut kelihatan dalam video tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut selepas selesai melawat Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI