fbpx

YB Altimet pantas buat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALTIMET

NAMPAKNYA YB Ahmad atau lebih dikenali sebagai Altimet sudah mula bertugas.

Ramai penduduk kawasan Lembah Jaya telah menyalurkan aduan dan pantas dibalas komposer itu.

Sejuk hati Mizz Lahar tengok semangat penyanyi Amboi itu memikul tanggungjawab sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Bahkan dalam satu temu bual, Altimet menyifatkan dirinya sebagai pekerja masyarakat.

Dari situ kita dah nampak kesungguhan Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad membawa mandat rakyat, bukan setakat cakap kosong atau datang potong riben lancarkan apa-apa majlis.

Mizz Lahar pun pernah jumpa Altimet beberapa kali sebelum ini, bukan nak puji, cuma waktu itu dah nampak visinya. Harap semangatnya terus kekal dalam membantu rakyat.

Mizz Lahar: Selepas Dira Abu Zahar dan Altimet, khabarnya ada beberapa lagi selebriti lain yang mula mempersiapkan diri untuk bertanding pada masa akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI