fbpx

[VIDEO] Amelia nafi buat persiapan kahwin dengan Aedy Ashraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amelia menafikan dakwaan dirinya sedang melakukan persiapan pernikahan dengan kekasih, Aedy Ashraf.

KUALA LUMPUR – Pelakon Amelia Henderson menafikan khabar angin dia dan teman rapat, Aedy Ashraf sedang melakukan persiapan pernikahan seperti didakwa sebilangan peminat dalam ruangan dalam media sosial.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson berkata, dirinya sendiri terkejut dengan dakwaan terbabit dan menyifatkan komen peminat sekadar gurauan semata-mata.

“Saya baca komen Tiktok, (reaksi) saya macam: ‘weh, saya nak kahwin?’

“Menarik! Tak tahu. Kalian beritahulah nanti bila saya nak kahwin nanti. Sebab saya (sendiri) tak tahu. Saya sedang bekerja sekarang ini. Saya tak tahu apa-apa langsung.

“Jadi, bagi saya mereka (netizen) memang suka mereka-reka cerita tapi kadang-kadang, saya terhiburlah,” katanya kepada Kosmo! Online usai sidang media drama terbaharu lakonannya, One Million Dollar Voice di Dadi Cinema, di sini malam tadi.

Sekiranya benar atau sahih hubungannya dengan Aedy akan ke jenjang pelamin, Amelia memaklumkan dia sendiri akan mengumumkan perkara tersebut dan bukan dari mulut orang lain.

“Kalau nak tanya sama ada apa-apa nak umumkan (berkenaan kahwin), kami akan umumkan sendiri tapi bukan dari pihak lain,” ulasnya.

Amelia yang melakonkan karakter sebagai Zana dalam drama tersebut bagaimanapun tidak menafikan bahawa Aedy adalah lelaki yang sangat istimewa dalam hidupnya.

“Kalian tahu yang kami memang rapat sejak dulu lagi. Kami ada hubungan yang sangat fantastik sampai sekarang.

“Saya sangat bersyukur yang dia (Aedy) ada dalam kehidupan saya. Dia sangat memahami kedudukan saya sebab latar belakang kami memang terlalu sama.

“Kami berdua berlakon sejak kecil, berdepan cabaran yang sama apabila waktu remaja dan semua itu depan kamera dan audiens yang ramai.

“Dalam ramai orang yang saya kenal, dia antara yang boleh faham posisi saya. Disebabkan itu, banyak persamaan dan kami serasi bersama,” ujarnya seraya memaklumkan biarlah orang ramai berteka-teki tentang perhubungan mereka.

Baru-baru ini, tular dalam media sosial terutama Amelia, 28, berpimpinan tangan dengan Aedy, 30, dengan aktor itu melontarkan perkataan ‘sayang’ menerusi video dimuat naik menerusi platform TikTok.

Disebabkan itu, ramai mula menebarkan spekulasi hubungan mereka semakin serius dan bakal bersatu di jenjang pelamin tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

@ameliath

susah ah lepak dgn budak femes ni

♬ original sound – yes this is amelia 🙄😂 – yes this is amelia 🙄😂

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI