SHAH ALAM: “Tidak pasti. Istana akan umumkan nanti. Demikian kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengulas sama ada ada akan dikekalkan sebagai Menteri Besar.
Menurut Menteri Besar Sementara Selangor itu, pertemuan dengan Sultan Selangor hanya prosedur biasa beliau seperti sebelumnya.
“Saya menghadap tuanku seperti biasa, bertanyakan khabar dan merancang beberapa perkara berkaitan hal negeri. Hal itu antaranya perkembangan negeri, pencapaian ekonomi dan kesihatan baginda Tuanku,” katanya ketika ditemui di luar pekarangan istana itu.
Terdahulu, beliau tiba dengan menaiki kenderaannya pukul 2.34 petang dengan diiringi sebuah kereta pengiring dan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini, kira-kira selama sejam.
Ditanya mengenai pelantikan Menteri Besar baharu, kata Amirudin, perkara itu di luar bidang kuasanya dan akan diumumkan oleh Istana Selangor kelak.-KOSMO! ONLINE