fbpx

Sipi-sipi, Neelofa kongsi wajah Abdullah Abbas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Neelofa kini lebih terbuka berkongsi wajah putera keduanya, Abdullah Abbas buat tatapan umum.

PETALING JAYA – Berbeza ketika kelahiran anak pertama, Bilal, usahawan dan pengacara sensasi Neelofa kini lebih terbuka berkongsi wajah putera keduanya, Abdullah Abbas buat tatapan umum.

Malah, pemilik nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor itu sempat berkongsi sesi fotografi menerusi Instagram Story yang jelas kelihatan wajah cahaya mata keduanya itu pada pantulan cermin prop.

Pengacara asal Pasir Mas, Kelantan itu juga telah mengulang siar hantaran beberapa individu yang terlibat dalam sesi fotografi bersama si kecil kesayangannya.

Sementara itu, dalam ruangan komen ada pengikut membuat telahan bahawa foto bayi yang dikongsi Neelofa bukan Abbas, sebaliknya seorang model cilik.

“Rasanya ini bayi untuk model Little NunHa bukan Abbas, Abbas belom habis pantang lagi, bayi dalam gambar itu nampak macam sudah cerdik,” komen seorang peminat.

“Itu model bayi lah, bukan Abbas, tengok muka pun macam lain, takkan Neelofa nak dedah secepat ini,” demikian ulasan seorang lagi netizen.

Begitupun, Neelofa dan individu terdekat tidak memberikan sebarang respons terhadap kemusykilan yang diluahkan pengikutnya.

Terdahulu, personaliti popular itu mengambil masa hampir lapan bulan untuk berkongsi wajah Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu.

Malah, dia dan suaminya Muhammad Haris Ismail sepakat untuk tidak menonjolkan permata hati sulung mereka itu atas alasan bimbang terkena penyakit ain.

Bagaimanapun, pasangan dua sejoli terbabit tetap memuat naik gambar atau video berkaita Bilal, namun memilih untuk menutup bahagian muka dengan pelekat animasi.

Rata-rata peminat pasangan sama cantik sama padan itu dilihat gigih menanti waktu untuk melihat wajah anak mereka selepas beberapa bulan dilahirkan, sehingga ada yang mengambil gambar Bilal tanpa izin dan menyebarkannya dalam media sosial.

Rentetan itu, wajah Bilal hangat menjadi bualan netizen dan terdapat juga netizen yang menyunting wajahnya sebagai bahan jenaka.

Tidak mendiamkan diri, Neelofa dan Haris bertindak mendedahkan wajah anak pertamanya bagi mengelakkan anaknya terus ‘disakiti’ dan difitnah sekali gus menutup telahan netizen.

Ketika Neelofa mengumumkan melahirkan Abdullah Abbas baru-baru ini, peminat turut membuat jangkaan dia tidak akan berkongsi wajah bayi itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Abbas dilahirkan pada 11 Julai lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI