fbpx

Sekolah agama di Selangor diarah tutup, tuduhan tidak bertanggungjawab – Mohd. Na’im

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Naim.

PUTRAJAYA – Kenyataan beberapa pihak yang mendakwa sekolah agama di negeri Selangor diarah tutup adalah kenyataan tidak berasas serta satu tuduhan tidak bertanggungjawab kata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Katanya, dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan memberi amaran kepada sekolah agama persendirian dan diarah keluar dari premis masing-masing adalah tidak benar sama sekali serta berniat menimbulkan kegelisahan dalam kalangan umat Islam.

Jelasnya, kerajaan membangunakan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor dan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2021 bertujuan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan para pelajar dan seluruh warga institusi tahfiz persendirian.

“Ia ekoran kejadian insiden kebakaran sehingga melibatkan kemalangan jiwa di sebuah sekolah agama persendirian di Kuala Lumpur pada tahun 2017.

“Inisiatif ini diambil sebagai langkah supaya tragedi meragut nyawa tidak berulang lagi di mana-mana sekolah agama di negeri Selangor.

“Pada masa sama, penguatkuasaan garis panduan tersebut mendapat kerjasama daripada Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai 478 institusi Sekolah Agama Persendirian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Na’im berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah dimaklumkan sejak 2021 bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui kerajaan negeri menetapkan pihak sekolah perlu memenuhi syarat pendaftaran melalui Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama yang dikeluarkan.

Tambahnya, kelonggaran sudah diberikan kepada pihak sekolah selama dua tahun dan dalam tempoh ini, pihak JAIS mengeluarkan pendaftaran lanjutan kepada pihak sekolah bagi memberi peluang mereka mendapatkan ulasan daripada agensi berkaitan.

“Semua pihak digesa supaya merujuk isu ini kepada pihak berautoriti supaya fakta dan konteks sesuatu isu itu tepat serta jelas,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Selangor dan Negeri Sembilan menyuarakan rasa bimbang terhadap isu amaran penutupan sekolah agama di negeri Selangor yang dibuat oleh pimpinan bukan Islam.

Pengerusi Sekretariat NGO Islam Selangor, Datuk Nazilah Idris dilapor berkata, kira-kira 200 sekolah agama di Selangor didakwa mendapat surat amaran untuk keluar dari premis perniagaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI