fbpx

Projek perumahan tidak boleh sisih golongan berpendapatan rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar merasmikan Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di Desa Tasik Sungai Besi hari ini.

PETALING JAYA – Pembinaan projek perumahan baharu tidak boleh menyisihkan golongan berpendapatan rendah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembinannya perlu seimbang bagi mewujudkannya sebagai ibu kota prihatin dan ibu kota Madani.

“Tantangan pastinya golongan berpendapatan rendah tidak disisihkan daripada arus pembangunan, selain memastikan lebih banyak perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dibina,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan, beliau hari ini merasmikan majlis pecah tanah di kawasan seluas 1.4 hektar di Desa Tasik Sungai Besi yang menyaksikan sebanyak 1,010 unit rumah mampu milik akan dibina.

Menurut beliau, Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani bakal ditawarkan kepada kumpulan sasar M40 dan ke bawah yang belum memiliki kediaman.

“Moga ia dimanfaatkan dan berguna kepada mereka yang memerlukan, Insya-Allah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI