fbpx

Pemilik Lamborghini dipuji kekal tenang ketika kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemilik Lamborghini memaafkan warga emas yang melanggar kenderaanya di sebuah plaza tol mendapat pujian orang ramai.

Melalui video yang dikongsi di Facebook pemilik kenderaan itu, Abdul Rahim, kejadian itu berlaku semasa dia sedang memandu di lorong RFID sebelum warga emas tersebut menukar lorong ke kanan untuk membuat pusingan U secara tiba-tiba.

“Si kuning kena lagi, nyaris hentam penghadang jalan. Balik dari Kuala Lumpur untuk urusan kerja, sedang tenang memandu di lorong RFID tiba-tiba muncul ‘uncle’ ini potong lorong kanan.

“Nasib baik sempat ‘brake’. Berbirat si Lambo dari depan sampai belakang. Alhamdulillah semua selamat,” katanya.

Di dalam video itu juga dilihat Abdul Rahim turun dari kenderaannya untuk melihat bahagian yang telah dilanggar selain turut memeriksa keadaan kenderaan warga emas terbabit.

Abdul Rahim juga kelihatan tenang dan kedua-duanya dilihat menyelesaikan kejadian itu dengan baik dan bersalaman.

Abdul Rahim turut berkongsi tangkap layar perbualannya bersama warga emas itu yang mahu bertanggungjawab atas kerosakan yang terjadi.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna memuji sikap Abdul Rahim yang kekal bertenang meskipun berdepan dengan situasi tersebut.

“Contoh dan teladan yg baik ditunjukkan oleh kedua duanya. Tak perlu gaduh dan bertekak bagai. Bincang baik-baik. Tahniah,” kata Muhammad Faiz.

“Dua-dua pihak bertenang, contoh yang baik,” puji Jonathan.

“Contoh tauladan yang baik, semoga menjadi contoh kepada orang lain,” kata Lin.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 9,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI