fbpx

Peluang terbaik tebus kekalahan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (depan) dan Shevon diramal tiada masalah melepasi pusingan pertama dan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen bermula minggu depan.

BEREGU campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dalam persiapan terakhir sebelum menggalas cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Dunia yang akan berlangsung di Copenhagen, Denmark bermula 21 hingga 27 Ogos ini.

Gandingan No. 10 dunia itu mendapat bye di pusingan pertama dan hanya menanti sama ada beregu Bulgaria, Iliyan Stoynov-Hristomira Popovska ataupun pasangan Guatemala, Jonathan Solis-Diana Corleto Soto di pu­singan kedua.

Soon Huat-Shevon dijangka tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan kedua, namun cabaran sebenar menanti mereka di pusingan ketiga kerana mungkin bertemu beregu China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Pertemuan dengan Zhen ­Bang-Ya Xin dianggap sebagai medan menebus kekalahan selepas mereka tewas kepada gandingan No. 7 dunia itu dalam perlawanan akhir Terbuka Switzerland pada Mac lalu.

“Bukan undian yang terbaik tetapi bukan tidak bagus juga. Dalam acara beregu campuran sekarang, mana-mana undian mempunyai peluang dan sangat kompetitif. Saya rasa di pusingan kedua atau pusingan 16 terbaik mungkin jumpa China yang lebih kuat.

“Walau apa yang berlaku, bagi saya secara keseluruhan undian boleh dikatakan baik, namun kami perlu tampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan,” katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan di Bukit Jalil semalam.

Sementara itu, Soon Huat menjelaskan, mereka akan memperbaiki beberapa kelemahan terutama dari segi kepantasan dan kekuatan dalam gelanggang selain perlu mengekalkan fokus bagi mencapai sasaran ke separuh akhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI