fbpx

Nahas Elmina: Pesawat berpusing sebelum terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16 di sini petang tadi.

SHAH ALAM – Pesawat disyaki berpusing beberapa kali sebelum terhempas di atas jalan raya di Elmina Central Park, Seksyen U16 di sini petang tadi.

Menurut beberapa saksi yang juga penunggang motosikal di kawasan kejadian, pesawat tersebut berwarna merah dan putih.

Video saksi kejadian tersebut dimuat naik menerusi akaun Facebook Munzir Wak Juli.

Sehingga kini, jumlah sebenar mangsa terlibat masih belum diketahui namun menerusi beberapa video yang dimuat naik orang awam, difahamkan tiga maut termasuk penunggang motosikal.

Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi nahas di Shah Alam hari ini. FOTO SADDAM YUSOFF

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 petang tadi dipercayai melibatkan jet persendirian sedang dalam perjalanan dari arah Langkawi ke Subang Jaya.

Dalam rakaman sebuah video juga, terdapat sebuah bangkai kapal terbang dalam keadaan terbakar telah terhempas di atas jalan raya bersama-sama mayat yang rentung di tepi jalan.

Lokasi sebuah pesawat terhempas sehingga mengorbankan 10 nyawa di Shah Alam hari ini. – FOT SADDAM YUSOFF

Di lokasi kejadian kini, lebih lima ambulans dilihat tiba dan anggota bomba sedang giat usaha memadamkan api.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI