fbpx

Nahas Elmina: Perakam suara kokpit pesawat berjaya ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUSSEIN Omar Khan ketika sidang akhbar di lokasi kejadian di Persiaran Elmina, Shah Alam, malam tadi. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) telah menemui perakam suara kokpit (cockpit voice recorder) pesawat tersebut, malam ini, pukul 10.20 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perakam tersebut merupakan salah satu komponen kotak hitam itu.

“Kita kini sedang mencari satu lagi komponen kotak hitam, iaitu data rekod penerbangan (flight data recorder).

“Perakam suara kokpit itu akan dibawa ke makmal dengan pemprosesan perakam tersebut akan dibuat pihak berkaitan,” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian, di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan berbeza, Hussein Omar memaklumkan bahawa pihak polis selesai menemui 10 mayat mangsa serta lima bungkusan cebisan badan milik mayat pukul 10.30 malam tadi.

Menurutnya, mayat pertama, iaitu mayat penunggang motosikal telah ditemui dan telah melepasi proses ‘body pass’ pada pukul 6 petang.

“Kesemua mayat ini akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada malam ini juga. Kita jangka proses pengecaman serta bedah siasat kesemua mayat selesai selewat-lewatnya esok malam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI