SUBANG – Kotak hitam milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) nombor pendaftaran N28JV yang terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi, sedang giat dikesan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook Anthony Loke, berkata, misi pencarian itu kini sedang dilakukan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan.
“BSKU di bawah Kementerian Pengangkutan telah diaktifkan dan pasukan ini telah dikerahkan ke tapak nahas untuk buat siasatan.
“Pencarian kotak hitam adalah misi utama pasukan yang sedang giat dilakukan ketika ini,”
katanya ketika sidang akhbar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE