fbpx

Nahas Elmina: Jet Valet sahkan pesawat terbabit nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Model pesawat yang terhempas dalam insiden di Elmina hari ini.

PETALING JAYA – Jet Valet mengesahkan pesawat peribadi jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuh Raya Guthrie berdekatan Elmina di sini petang tadi adalah pesawat milik syarikat tersebut.

Jet Valet dalam kenyataannya berkata, pihaknya akan memberikan kerjasama dan komitmen penuh kepada pihak berkuasa berhubung insiden melibatkan pesawat malang tersebut.

“Walau bagaimanapu, pihak Jet Valet masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai kemalangan yang melibatkan pesawat itu.

“Pada masa ini, pihak kami tidak boleh mengesahkan sebarang butiran lain secara rasmi termasuk kemalangan jiwa kerana menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa,” jelas kenyataan tersebut.

Tambahnya, segala maklumat dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI