SHAH ALAM- Pihak polis telah menemui enam mayat yang terlibat dalam nahas pesawat kecil di Persiaran Elmina, di sini hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, setakat ini, hanya satu mayat sahaja yang telah ditemui dengan sempurna, iaitu penunggang motosikal tersebut.
“Buat masa kini, kita ada jumpa kepala sahaja, badan sahaja (tapi tak pasti milik siapa anggota badan tersebut). Yang kita dah jumpa mayat adalah mayat penunggang motosikal di jalan (berdekatan lokasi kejadian),” katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian, malam tadi.
Sementara itu, Razarudin memaklumkan bahawa polis kini sedang mengenal pasti pemandu kereta tersebut serta adakah terdapat penumpang lain di dalam kereta berkenaan.
Menurutnya, polis sudah menghubungi waris pemandu kereta berkenaan, namun warisnya masih lagi tidak memberikan sebarang maklum balas kepada polis.
“Kita sudah kenal pasti kesemua mangsa, termasuk penunggang motosikal tersebut. Operasi di lokasi kejadian akan diteruskan sehingga kesemua mayat ditemui,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE