fbpx

Nahas Elmina: Cebisan badan mayat dibawa keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara badan dan cebisan mayat yang dibawa keluar anggota bomba susulan nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Anggota bomba serta agensi yang terlibat sedang giat menjalankan usaha membawa keluar cebisan-cebisan mayat nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kerja-kerja tersebut dijalankan sejak pukul 8.30 malam tadi sehingga kini.

“Mayat mula dikeluarkan pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam tadi.

“Sekarang, kerja-kerja keluarkan cebisan-cebisan kecil mayat yang telah ditandakan pada petang tadi,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan lima mayat mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat itu telah ditemui dalam keadaan tidak sempurna di mana sebahagian anggota tubuh badan masih belum ditemui.

Menurut beliau, ada antara lima mayat ini tidak lengkap dan dipercayai adalah antara lapan penumpang dan kru pesawat berkenaan.

Tegasnya, pada masa ini tumpuan utama pasukan penyelamat adalah mencari kesemua mangsa nahas serta cebisan dan anggota tubuh badan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI