SHAH ALAM – Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, di sini, hari ini.
Seri Paduka Baginda berangkat tiba pada pukul 5.30 petang sebelum diberikan taklimat oleh pihak berkuasa berhubung nahas ngeri tersebut.
Al-Sultan Abdullah meluangkan masa meninjau lokasi kejadian sebelum berangkat pulang pada pukul 6 petang.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 10 termasuk seorang individu kenamaan terkorban dalam nahas tersebut.
Mereka yang maut termasuk enam penumpang dan dua kru pesawat berkenaan.
Turut berada di lokasi kemalangan adalah Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin. – KOSMO! ONLINE