fbpx

Nahas Elmina: ADUN Pahang antara mangsa terkorban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ahli keluarga mangsa pesawat terhempas yang tiba di lokasi kejadian di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM – Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang antara yang maut dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16 di sini petang tadi.

Menurut sumber, mangsa bersama beberapa orang Exco dan Menteri Besar Pahang, berada di Langkawi hari ini bagi mesyuarat kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, dakwaan orang ramai berkenaan seorang anak bekas menteri yang merupakan salah seorang mangsa, dinafikan oleh sumber polis.

Terdahulu, pesawat peribadi jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu sedang dalam perjalanan dari Langkawai ke Subang Jaya.

Sehingga kini, pihak polis mengesahkan 10 mangsa meninggal dunia akibat nahas yang berlaku kira-kira pukul 3.05 petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat tersebut sepatutnya dijadualkan mendarat pukul 2.40 petang bagaimanapun dipercayai hilang kawalan sebelum terhempas.

Katanya, pesawat tersebut dinaiki dua juruterbang dan enam penumpang manakala mangsa yang lain terdiri daripada penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat .- KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI