fbpx

Nahas Elmina: Adik sayang mama sangat-sangat- Ibu juruterbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahanum (kanan) ketika ditemui di luar unit Forensik HTAR Klang, malam ini. -FOTO dan Video: ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG: ‘Adik sayang mama sangat-sangat’. Itu kata-kata terakhir juruterbang, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, yang masih tergiang-ngiang di telinga ibunya, Mahanom Ismail, 67.

Menurut Mahanom, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Jun lalu.

“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanyakan khabar.

“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’ dan saya tidak dapat melupakannya sehingga saat ini ,” katanya sebak ketika ditemui di luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, malam ini.

Allahyarham Shahrul Kamal antara 10 mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam hari ini.

Kata Mahanom, dia sekeluarga akan berbincang mengenai urusan pengebumian jenazah arwah.

“Pengebumian akan dilakukan sama ada di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau Bukit Jelutong, Shah Alam.Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia 12 hingga tiga tahun,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI