fbpx

Nahas Elmina: Ada mayat boleh dicam, ada cebisan – Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (dua kiri) sedang menyantuni salah seorang waris keluarga mangsa nahas pesawat ringan tersebut di HTAR malam ini.

KLANG – Pasukan forensik bersiap siaga menerima apa jua keadaan 10 mayat nahas pesawat Beechcraft Model 390 dalam mempercepatkan proses pengecaman dan bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, setakat dimaklumkan ada antara mayat yang boleh dikenal pasti dan selebihnya cebisan.

Katanya, terdapat kira-kira empat pasukan masing-masing dari Hospital Sungai Buloh, HTAR dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling bertugas di lokasi kejadian bagi proses mencari dan mengumpul mayat.

“Kita dengar ada body-body ( mayat-mayat) yang boleh dicam. Ada juga dengar perlukan masa disebabkan dipanggil cebisan dan sebagainya

“Itu kita dengar namun tidak passti sehingga keadaan sebenar sehingga sampai kepada kita ( di HTAR),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat waris di pekarangan luar unit forensik HTAR di sini, malam ini.

Beliau menegaskan jumlah anggota dan pegawai forensik yang akan terlibat dalam proses bedah siasat adalah antara 20 hingga 30 orang dengan diketaui Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi.

“Kita masih menunggu ketibaan mayat-mayat nahas tersebut. Proses tersebut akan selesaikan secepat mungkin supaya keluarga dapat bawah jenazah untuk urusan seterusnya,” ujarnya.

Jelas Zaliha, hanya ahli keluarga terdekat dan rapat sahaja dibenarkan untuk membuat pengecaman sebelum bedah siasat dilakukan pihak kami.

“Dalam pada itu, kita turut menyediakan pasukan termasuk dari Jabatan Psikiatri dalam membantu psikologi para keluarga dan waris susulan kejadian tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI