fbpx

Matador parah, lembu jantan tanduk dubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Conquero melambung ke udara selepas ditanduk lembu tersebut. – Twitter

MADRID, SEPANYOL – Sebuah rakaman video mengerikan memaparkan seekor lembu jantan menusuk satu tanduknya ke dalam rektum seorang matador di sebuah gelanggang lawan lembu di Madrid,  lapor akhbar New York Post.

Ketika kejadian pada minggu ini, Alejandro Conquero, 28,  mengacah lembu tersebut pada acara lawan lembu Prieto de la Cal. Dia ditanduk haiwan itu sebanyak dua kali.

Kali kedua dia ditanduk menyebabkan Conquero melambung ke udara.

Matador itu bangun semula  dalam keadaan menahan kesakitan sambil memeriksa bahagian belakangnya yang cedera.

“Conquero mengalami rasa menyengat di bahagian perianal posterior yang boleh menjejaskan duburnya,” kata seorang doktor.

Dia kini dirawat di sebuah hospital dan keadaannya dilaporkan serius. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI