fbpx

Liga Kejuaraan MBSB Bank cungkil bakat muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD Yusoff (kiri) bersama Nur Azam pada Majlis Perjanjian Penajaan antara AFL dengan MBSB Bank Berhad di Petaling Jaya kelmarin.

SAINGAN bertaraf semi-pro kebangsaan, Liga M3 diharapkan menjadi medan untuk mencungkil bakat pemain-pemain muda dengan menjadi prospek baharu skuad Harimau Malaya pada masa akan datang.

Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, fokus Liga M3 yang sudah dijenamakan sebagai Liga Kejuaraan MBSB Bank adalah untuk terus memperkenalkan bakat-bakat baharu arena bola sepak tempatan.

Kata Mohd. Yusoff, perkembangan yang ditunjukkan oleh Liga M3 sejak membuka tirai rasmi pada Jun lepas cukup positif sehingga ada seorang pemain daripada kelab Imigresen FC, Muhammad Hazim Abu Zaid dipanggil menyertai skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan.

“Saya meletakkan harapan tinggi agar saingan Liga M3 akan menjadi medan buat pemain-pemain muda mencungkil bakat mereka, sekali gus menjadi antara tonggak berkualiti masa depan.

“Kami berbangga apabila seorang pemain Liga M3 (Muhammad Hazim) sudah dipanggil menyertai skuad B-23 untuk kejohanan Piala AFF B-23 di Thailand ketika ini.

“Saya percaya daripada sokongan padu yang diberikan oleh semua pihak, ramai lagi pemain yang boleh dipanggil skuad kebangsaan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di Petaling Jaya kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib  berbesar hati untuk bekerjasama dengan AFL kerana yakin saingan liga divesyen No. 2 bola sepak negara itu memiliki potensi untuk terus berkembang.

“Aspirasi kami juga selari dengan wawasan AFL dengan menjangkakan Liga M3 ini dapat melahirkan lebih ramai pemain berkualiti pada masa depan,” kata Nor Azam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI