fbpx

KPKT mahu syor Belanjawan 2024 beri kesan segera dinikmati rakyat – Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming bergambar bersama pemegang taruh selepas Majlis Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama Pemegang Taruh KPKT di Putrajaya, hari ini.-GAMBAR FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mahu memastikan segala cadangan Belanjawan 2024 memberi kesan pantas kepada rakyat.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, semua syor yang disarankan juga perlu bersifat ‘people-centric’ atau mampu menawarkan manfaat secara terus kepada golongan sasar.

Katanya, cadangan daripada pemegang taruh juga wajar memberi penekanan kepada kriteria ‘ready to take-off’ iaitu boleh dilakukan segera sepanjang tahun depan dan terus dinikmati rakyat tanpa menunggu.

“Cadangan dikemukakan mereka turut perlu dianggap ‘one-off’ iaitu peruntukan hanya bagi 2024 dan tiada implikasi kewangan dibawa ke tahun berikutnya.

“Pemegang taruh perlu memikirkan idea baharu yang lebih bersifat situasi menang-menang kepada semua pihak terutamanya penduduk awam,” katanya ketika berucap pada sesi libat urus KPKT membabitkan seramai 234 individu pemegang taruh berhubung syor inisiatif Belanjawan 2024 di sini hari ini.

Pemegang taruh juga jelasnya, boleh mengambil contoh pelaksanaan lima agenda progresif KPKT berdasarkan program Ekonomi Madani antaranya pembinaan baharu dan naik taraf 3,000 gerai menerusi MyKiosk dengan kos RM50 juta yang dijangka siap penghujung tahun ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI