fbpx

Isteri geram suami tak ‘bermanja’ lepas ketagih main MonopolyGo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa geram dan kecewa terhadap sikap suaminya yang ketagih dengan permainan MonopolyGo di telefon pintar sehingga mengabaikan masa bersamanya.

Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian di Twitter @brgsjks yang memuat naik luahan wanita tersebut.

Menurut wanita itu, ketagihan suaminya itu yang berusia 30 tahun masih berlanjutan meskipun sudah ditegur beberapa kali sebelum ini.

“Suami saya tengah ‘gian gila’ main MonopolyGo. Siap buat akaun beberapa akaun Facebook semata-mata nak dapatkan ‘dice rolls’ (balingan dadu).

“Bengang tahu tak sampai buat aktiviti sama-sama pun dia tak fokus sebab sebelah tangan sibuk main ‘game’. Kadang-kadang tengah syok bercerita, tiba-tiba marah sebab ada orang hancurkan bangunan dia.

“Sampaikan malam nak tidur pun dah tak ‘cuddle’ (bermanja) sebab dua-dua tangan sibuk pegang telefon,” katanya dalam hantaran tersebut, hari ini.

Sehubungan itu, wanita berkenaan meminta pandangan orang ramai mengenai apa yang harus dilakukan bagi menangani masalah terbabit.

“Dah tegur baik-baik, marah, perli sebab tak suka dia main lebih-lebih sangat. Semua tak jalan. Tolong bagi pandangan,” ujarnya.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata ramai memberikan pelbagai nasihat yang boleh digunakan oleh wanita terbabit.

“Main terlalu kerap boleh dikira satu ketagihan. Game memang direka untuk memberi kepuasan (pleasure) kepada mereka yang main lama sebab ada ganjaran. Mungkin kena jumpa kaunselor kalau dia tak berhenti main,” kata Ooi Beng Cheang.

“Nasihat saya, pertama, akak berhenti memasak dan suruh dia tidur sofa. Ketiga, jangan layan dia. Nak mintak apa-apa pun jgn layan,” ujar Yilong Ma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI