fbpx

Nahas Elmina: 10 maut termasuk VIP, orang awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa keadaan bangkai pesawat yang hangus terbakar selepas terhempas dan menghentam sebuah motosikal di Elmina, Seksyen U16 Shah Alam, Selangor. -Foto oleh SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Seramai 10 mangsa terkorban dalam nahas melibatkan pesawat ringan yang terhempas di Persiaran Elmina di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.48 petang itu, kesemua mangsa yang terlibat adalah lapan orang penumpang.

Turut terkorban adalah pemandu kereta dan penunggang motosikal apabila pesawat itu dikatakan terhempas pada mereka. Mereka yang maut berusia 40 hingga 50-an.

Anggota polis melakukan siasatan di lokasi nahas di Shah Alam hari ini. -FOTO SADDAM YUSOFF

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat tersebut daripada Langkawi itu sepatutnya mendarat di Terminal Skypark Subang, 2.50 petang.

“Namun dua minit sebelum mendarat, pesawat berkenaan telah terhempas ke lokasi kejadian dan menghempas sebuah kereta dan motosikal.

Pihak berkuasa melakukan siasatan di lokasi nahas di Shah Alam hari ini. – FOT SADDAM YUSOFF

“Kita sedang kenal pasti kesemua mangsa ketika ini,” katanya dalam sidamg akhbar di lokasi kejadian, di sini, sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI