fbpx

Henti bantuan negeri pembangkang bertentangan semangat federalisme – MB Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri (tengah) di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Kangar, baru-baru ini.

KANGAR – Semua pihak perlu terus menjunjung semangat federalisme dan demokrasi dengan mengutamakan kebajikan rakyat tanpa mengira parti.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, ‘perang’ sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) telah berakhir dan keputusan dibuat rakyat di enam negeri terlibat perlu dihormati.

Katanya, ia adalah bagi meraikan proses demokrasi di negara ini.

“Kita berpolitik semasa pilihan raya dan sekarang kita harus menumpukan kepada kebajikan rakyat tanpa mengira mana-mana parti,” katanya ketika ditemui di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini semalam.

Kata beliau, cadangan yang dilontarkan pihak tertentu agar kerajaan Pusat menghentikan bantuan kepada kerajaan negeri pembangkang bertentangan dengan semangat federalisme. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI