fbpx

Ee Yi tak sabar jumpa jaguh Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EE YI (depan) yakin mampu mengorak langkah jauh pada Kejohanan Badminton Dunia jika dapat melepasi halangan Astrup-Rasmussen di Copenhagen bulan depan.

PERTEMUAN dengan jaguh tuan rumah, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di pu­singan ketiga amat dinantikan beregu lelaki profesional ne­gara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark bermula 21 Ogos ini.

Ee Yi-Yew Sin yang mendapat ‘bye’ di pusingan pertama dilihat tidak berdepan sebarang masalah untuk melepasi pusingan kedua sebelum dijangka membuat perhitungan dengan Astrup-Rasmussen.

Sedar dengan kemampuan yang dimiliki beregu No. 11 dunia itu, Ee Yi percaya dia dan Yew Sin perlu membuat persiapan terbaik jika mereka mahu melangkah lebih jauh pada edisi kali ini.

“Sudah lama kami tidak bertemu mereka pada kejohanan kompetitif. Mereka baru sahaja memenangi Sukan Eropah, jadi kami perlu buat persiapan terbaik sebagai persediaan untuk bertemu mereka.

“Sudah tentu kami akan berbincang dengan pasukan dan merencana strategi terbaik sebelum pertemuan dengan Astrup-Rasmussen,” katanya yang tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kali ini.

Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua beregu itu bertemu dalam kejohanan kompetitif adalah pada pusingan kedua Terbuka China 2019 yang me­nyaksikan Ee Yi-Yew Sin menang 21-18, 14-21, 25-23.

Sementara itu, Ee Yi yang baru pulih daripada kecede­raan lutut dialami sejak Terbuka Australia berkata, dia gembira dengan proses pemulihan, terutamanya menerusi ­bantuan yang diterima dari­pada program Road to Gold (RTG).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI