fbpx

Dua lelaki ditahan kes letupan depan sekolah di Padang Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bumbung kanopi yang mengalami kerosakan kecil akibat letupan di hadapan sebuah sekolah di Padang Besar, awal pagi semalam.

PADANG BESAR – Seorang lelaki tempatan diberkas tidak sampai 12 jam selepas kejadian letupan yang menggegarkan pagar hadapan sebuah sekolah rendah, di sini awal pagi semalam.

Suspek berusia 42 tahun ditahan pasukan petugas khas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padang Besar di rumahnya di daerah ini pada pukul 5.30 petang, semalam.

Tangkapan kedua melibatkan lelaki tempatan berusia 30 tahun yang diberkas di rumahnya di Padang Besar pada pukul 11 pagi tadi.

Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, suspek pertama mempunyai tujuh rekod jenayah dan dua rekod dadah.

“Ujian air kencing mendapati lelaki itu positif methamphetamine. Dia direman selama enam hari bermula sehingga 22 Ogos ini,” katanya di sini hari ini.

Hasil soal siasat ke atas suspek pertama, polis memberkas seorang lagi suspek. Lelaki itu memiliki satu rekod kes dadah dan positif dadah sama. Permohonan reman ke atas suspek kedua akan dibuat esok.

Hasil soal siasat mendapati suspek pertama mengaku terlibat dalam kes letupan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI