fbpx

Dua ditahan simpan, jual LPG tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LORI membawa muatan LPG yang disita dalam serbuan di sebuah premis di kawasan perumahan di Hutan Melintang, Bagan Datuk semalam.-IHSAN KPDN

BAGAN DATUK – Dua lelaki ditahan selepas dipercayai menjual gas petroleum cecair (LPG) tanpa lesen dalam serbuan di sebuah premis di kawasan perumahan di Hutan Melintang, semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan pada pukul 8.11 pagi itu dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota KPDN Cawangan Teluk Intan selepas risikan dilakukan selama seminggu.

“Berdasarkan pemantauan, kita dapati terdapat dua buah lori membawa muatan LPG yang sering bergerak ke kedai-kedai runcit di sekitar Hutan Melintang sebelum dilihat kembali semula ke premis di kawasan perumahan tersebut setelah selesai penghantaran.

“Pasukan operasi telah menjalankan pemeriksaan ke atas dua buah lori membawa muatan LPG 12 kilogram (kg) dan 14kg itu sebelum serbuan dijalankan di premis berkenaan.

“Pemeriksaan di dalam premis menemukan sebanyak 33 tong LPG 12kg dan 96 tong LPG 14kg. Tindakan sitaan dibuat terhadap 129 tong LPG dan dua buah lori dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM64,826,” katanya di sini hari ini.

Katanya, dua tangkapan warga tempatan berusia 30 hingga 40 tahun itu dipercayai telah menjalankan perniagaan selama setahun dan premis berkenaan tidak memiliki lesen mahupun kebenaran untuk menyimpan barang kawalan LPG oleh Pengawal Bekalan Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI