TAHNIAH buat pengacara dan pelakon, Hawa Rizwana yang berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, pada pagi Isnin lalu.
Itulah yang dikatakan kecil-kecil cili padi. Wanita berusia 27 tahun itu nyata memiliki semangat kental apabila berjaya mencatat rekod peribadi mendaki gunung antara yang tertinggi di Asia Tenggara itu.
Keterujaannya dikongsi menerusi Instagram yang menunjukkan beberapa gambar dirakamkan di puncak indah tersebut.
Mizz Lahar pun tumpang bangga dengan kejayaan Hawa. Mungkin nampak kecil di mata orang, tapi bagi Mizz Lahar itu satu pencapaian membanggakan.Sekurang-kurangnya suntik inspirasi kepada golongan muda lain agar tidak mudah
putus asa atau jangan hangat-hangat tahi ayam.
Mizz Lahar: Apa cerita hubungan seorang artis ini. semalam kata dah baik, sekarang putus pula. Mana satu?