fbpx

Budak 11 tahun perlu RM80,236 untuk pemindahan sumsum tulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUI HAU (kanan) bersama Muhammad Fikri dan kedua-dua ibu bapanya di Bukit Mertajam, baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Tiga tahun lalu, Muhammad Fikri Mohd. Fairuz, 11, disangka menghidap demam denggi kerana mengalami demam panas teruk.

Malang menimpa kanak-kanak itu apabila disahkan menghidap leukemia limfoblastik akut ke­rana mempunyai kandungan sel darah putih tinggi selepas menjalani ujian darah di hospital.

Ibunya, Fazliyana Mohd. Nidzar, 45, berkata, selepas dua tahun menjalani kemoterapi dan pemerhatian, anaknya itu dia dilaporkan sembuh.

Bagaimanapun katanya, pe­nyakit itu ‘muncul’ semula apabila Muhammad Fikri diserang demam panas ketika sambutan Aidiladha lalu.

Ujarnya, selain demam, terdapat kesan darah dalam air ken­cing anak bongsu daripada lima beradik itu dan setelah diperiksa, katanya, sel-sel kanser didapati kembali dan terdapat batu karang dalam pundi kencing nya.

Tambahnya, doktor memaklumkan salah seorang abang kepada kanak-kanak itu, Muhammad Faizan, 16, layak dan sesuai menjadi penderma sumsum tulang untuk adiknya.

“Doktor cadang kami melakukan pemindahan sumsum tulang secepat mungkin, paling awal September ini.

“Kami sekeluarga tidak mampu untuk menanggung kos perubatan sebanyak RM80,236 bagi melakukan pemindahan serta ubat susulan yang perlu diambil selepas itu,” katanya di Bukit Mertajam di sini baru-baru ini.

Jelas Fazliyana, suaminya, Mohd. Fairuz Johari, 45, kini tidak mampu untuk mencari nafkah buat mereka selepas mengalami kecederaan otak akibat kemala­ngan kereta lima tahun lalu.

“Jadi, saya terpaksa bergilir-gilir menjaga mereka berdua bersama anak-anak lain,” katanya.

Sebelum kemalangan, Mohd. Fairuz bertugas sebagai seorang juruteknik di Telekom Malaysia (TM) dengan pendapatan RM5,000 sebulan.

Pengerusi pertubuhan kebajikan, One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau berkata, pihaknya melawat keluarga itu dan bersetuju membantu mereka mengutip dana sebanyak RM80,236 bagi menampung kos pemindahan sumsum tulang.

Orang ramai yang ingin ­menghulurkan derma boleh berbuat demikian menerusi akaun Public Bank atas nama One Hope Charity di nombor akaun 3201428817 atau menghubungi talian 04-539 9212, 016-419 2192 dan 018-911 4192 untuk keterangan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI