fbpx

Amirudin tiba menghadap Sultan Selangor petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin tiba di Istana Bukit Kayangan Shah Alam untuk menghadap Sultan Sharafuddin, hari ini. FOTO: Saddam Yusoff

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tiba menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini, petang ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor tiba dengan menaiki kenderaan pukul 2.34 petang.

Pengamal media mula memenuhi perkarangan luar istana seawal pukul 2 petang dan menunggu perkembangan lanjut hasil pertemuan tersebut.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Besar Selangor dijangka mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Alam Shah, Klang pada Sabtu atau Isnin ini.

Amirudin pula dicadangkan untuk kekal mengetuai kerajaan negeri bagi penggal ke-15.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, gabungan PH dan Barisan Nasional memenangi 34 kerusi berbanding Perikatan Nasional hanya 22 kerusi seterusnya membolehkan pembentukan kerajaan negeri. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI