fbpx

91 klinik kesihatan daif selesai dibaik pulih – Dr. Zaliha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha ketika melawat ruang pameran pada Majlis Perasmian Healthcare Facility Management Conference and Exhibition 2023 di Pusat Pameran & Persidangan Besar IOI, hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Sebanyak 91 buah klinik kesihatan daif dan usang di seluruh negara telah selesai dibaik pulih, manakala baki 341 klinik masih dalam proses pelaksanaan dan dijangka siap menjelang akhir tahun ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf fasiliti kesihatan itu dijalankan secara berfasa membabitkan keseluruhan 1,200 klinik daif yang dikenal pasti.

“Untuk tahun ini kita telah kenal pasti 436 klinik daif yang akan dibaik pulih dan setakat ini sebanyak 341 klinik sedang dalam pelaksanaan, manakala 91 klinik telah pun selesai dibaik pulih dan empat lagi klinik masih dalam proses perolehan.

“Kita terima senarai (klinik-klinik daif) ini daripada Pengarah Kesihatan Negeri dengan jumlah keseluruhan adalah 1,200 klinik, tapi kita lakukan penambaikan secara berfasa dengan tahun ini kita sasar 436 klinik dan tahun depan kira-kira 300 klinik lagi dengan membabitkan kos RM110 juta,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Healthcare Facility Management Conference and Exhibition 2023 di sini hari ini.

Tambah Dr. Zaliha, Kementerian Kesihatan (KKM) menerima senarai klinik daif terbanyak di Terengganu membabitkan 58 klinik, diikuti Negeri Sembilan (44) manakala Perak dan Pahang masing-masing 42 klinik.

Pada 3 Julai, media melaporkan Majlis Tindakan Malaysia Madani (MTMM) memberi tumpuan kepada dua projek baharu iaitu usaha menaik taraf fasiliti daif dibawah KKM dan memperluas pelaksanaan Gerai Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mengambil langkah segera bagi menambah baik 436 fasiliti dan klinik kesihatan dibawah KKM dengan sasaran kesemua fasiliti akan memasuki peringkat pelaksanaan menjelang akhir tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI