fbpx

Wanita temui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor cacing terdapat pada bungkusan ikan salmon di sebuah gudang borong beli-belah di AS baru-baru ini. - Foto TikTok/msrachellyn

WASHINGTON – Seorang wanita berkongsikan rakaman video memaparkan seekor cacing sedang bergerak dalam bungkusan ikan salmon yang dijual di sebuah pasar raya, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pengguna berkenaan, Rachel Lyn berkata, dia pada awalnya mahu membeli ikan tersebut di pasar borong Costco di Amerika Syarikat (AS) sebelum memutuskan untuk tidak mengambilnya selepas melihat cacing itu.

Dalam klip video pendeknya, haiwan berwarna putih itu dilihat bergerak-gerak pada potongan daging salmo.

Lyn, 34, dari Tasik Wylie di negeri Carolina Selatan bukan individu pertama yang menemui cacing dalam ikan salmon di Costco.

Beberapa kejadian serupa pernah diterbitkan dalam artikel berita dengan pengguna dilaporkan sering menemui cacing pada ikan di pasar borong tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI