fbpx

TMJ tawar diri tampil dalam ‘Keluar Sekejap’ KJ, Shahril

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy (kiri) dan TMJ (kanan).

PETALING JAYA – Podcast ‘Keluar Sekejap’ kendalian Khairy Jamaluddin Abu Bakar, terus mendapat perhatian apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan diri untuk tampil dalam program tersebut.

Menerusi InstaStory Khairy, semalam, beliau memuat naik tangkap layar komen daripada TMJ yang secara jelas menawarkan diri untuk muncul sebagai tetamu jemputan.

Tangkap layar komen TMJ yang dikongsikan Khairy di InstaStory miliknya, semalam.

“Baik ajak saya aja masuk Keluar Sekejap ni. No holds bar (tanpa sempadan). Kasi gegar sikit negara ni,” komen TMJ menerusi ruangan komen tersebut.

Komen itu turut diletakkan pengetagan (tagging) @khairykj bagi memastikan ia mendapat perhatian Khairy.

Dalam masa sama, Khairy dilihat umpama teruja bercampur ‘seram’ apabila hanya memberikan reaksi ‘Alamak’ pada tangkap layar komen TMJ tersebut.

Sebelum ini, antara tetamu jemputan dalam program yang turut dikendalikan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan ialah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI