fbpx

Suami setia jaga isteri sakit walau diminta berkahwin lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi kisah kesetiaan sepasang suami isteri yang dilanda pelbagai masalah kehidupan namun memilih untuk terus bersama sehingga ke akhir usia.

Menurut hantaran tular di laman Facebook, kesetiaan suami langsung tidak teruji walaupun isteri terpaksa menjalani dialisis tiga kali seminggu disebabkan penyakit buah pinggang.

“Pada awalnya, suami bekerja sebagai pemandu lori. Namun, disebabkan isteri sakit, dia (suami) berhenti kerja dan mula lakukan kerja kampung supaya boleh berada dekat dengan isteri.

“Antara kesan sampingan penyakit buah pinggang ialah isteri tidak lagi mempunyai nafsu untuk melayan suami. Jadi, isterinya membenarkan suami berkahwin lain,” katanya.

Tambahnya, perkara itu juga direstui oleh ahli keluarga isteri yang lain. Bagaimanapun, suaminya tetap setia dan kini usia perkahwinan mereka sudah menjangkau 10 tahun.

“Pasangan ini tak ada anak. Sebelum ini, pernah alami keguguran. Tetapi, suaminya tetap disisi, terus menjaga isteri dan tak ada perasaan untuk berkahwin lain.

“Kalau ikutkan, ‘green light’ dah bagi. Tetapi, dia (suami) pilih untuk tidak menyakitkan hati isteri yang sedang sakit,” katanya dalam hantaran sama.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai bersetuju suami tersebut umpama sebutir permata yang sangat jarang ditemui.

“Bukan senang nak jumpa lelaki yang setia waktu sakit, susah senang ada bersama. Memang ada tapi tak ramai,” kata Eda.

“Abah saya pun sama, tak kahwin lain sebab nak jaga arwah mak saya yang sakit buah pinggang hampir 10 tahun. Selepas arwah meninggal, empat tahun kemudian baru abah kahwin lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI